Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan pautan yang terkandung dalam mesej bertajuk 'Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200' itu adalah palsu. Foto hiasan Envato

Hati-hati pautan palsu mesej berkaitan bantuan SARA – MoF

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Mei: Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mesej berkaitan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan pautan yang terkandung dalam mesej bertajuk ‘Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200’ itu adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terperdaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul,” menurut MoF melalui hantaran di laman media sosial.

Sejak Januari hingga Mac tahun ini, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Bermula 1 April lepas, kadar bantuan ditingkatkan kepada RM200 sebulan untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 1,600 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan