Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan teknikal di ibu pejabat ATR dan Airbus yang berpangkalan di Toulouse, Perancis. Foto Fiqri Razak (TVS)

Gerbang baharu untuk ASEAN-EU dalam aeroangkasa

ByShafik Ahmad

TOULOUSE, 6 Mei: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kerjasama antara Sarawak dan Airbus selari dengan Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) yang membuka peluang luas kepada pertukaran teknologi, pemindahan kepakaran, dan akses pasaran global.

Langkah ini juga dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam mengetengahkan agenda kerjasama teknologi tinggi antara rantau ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU).

“Airbus melihat potensi besar di Sarawak, bukan sahaja kerana kedudukan strategik dan sumber tenaga yang bersih, tetapi kerana komitmen kerajaan negeri dalam membina industri yang berdaya saing dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan teknikal ke ibu pejabat ATR dan Airbus di Toulouse pada Isnin, waktu tempatan.

Keupayaan Sarawak dalam menyediakan modal insan, modal semula jadi atau natural capital seperti tenaga dan air serta ruang pembangunan meletakkannya pada kedudukan unik untuk menjadi pusat tumpuan pelaburan aeroangkasa.

“Anak-anak Sarawak bukan sahaja akan dapat bekerja di negeri ini, tetapi juga diberi peluang menyumbang dalam projek-projek global Airbus.

“Ini bermakna ‘benchmark’ latihan dan perkhidmatan kita akan diiktiraf di peringkat dunia,” tambah Abang Johari.

Dengan memanfaatkan hubungan strategik di bawah EFTA dan sokongan kuat dari rakan industri seperti Airbus, Sarawak kini berada pada landasan tepat untuk menjadi pintu masuk utama industri aeroangkasa antara Asia Pasifik dan Eropah.

Menurutnya, projek AirBorneo bukan sekadar syarikat penerbangan baharu tetapi ia adalah pelan jangka panjang membina industri masa depan berasaskan teknologi tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan