Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Sophia Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi. Foto Fahmi Fadzil (TVS)

Fahmi ucap takziah buat keluarga seniwati Sophia Ibrahim

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Sophia Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.

Menyifatkan Allahyarham seorang bintang seni unggul, beliau berkata Sophia telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan dunia perfileman sejak era 1960-an .

“Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.

“Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Sophia menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam akibat asma.

Beliau mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan