Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang media Sarawak Aerobig Day 2025

Aerobig Day 2025 jelajah empat Bahagian di Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 6 Mei: Sarawak Aerobig Day 2025 kembali dengan skala lebih besar apabila edisi kali ini menyasarkan penyertaan seramai 3,500 peserta dari seluruh negeri.

Pengerusi Penganjur, Ryan Jee berkata, edisi kali ini akan diadakan di empat Bahagian iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.

“Tahun lepas seramai 2,800 peserta yang telah menyertai kita dan untuk tahun ini kita menyasarkan 3,500 peserta dari seluruh Sarawak.

“Bagi pungutan dana pula, kita tidak meletakkan kuota kerana kita berbesar hati untuk menerima seberapa banyak pun dana,” katanya dalam sidang media Sarawak Aerobig Day 2025, di sini hari ini.

Kata Jee, inspirasi tercetusnya idea untuk melaksanakan Sarawak Aerobig Day adalah dari pengumuman pelaksanaan Pelan Induk Kesihatan Awam Sarawak 2050 yang memastikan rakyat Sarawak sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Oleh itu katanya, penganjuran Sarawak Aerobig Day 2025 pada kali ini mendapat mendapat sokongan yang baik dari semua pihak terutamanya Jabatan Belia dan Sukan Sarawak sebagai penganjur bersama dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Lamat Nyalau berkata, pihaknya menyokong penuh akan penganjuran program yang berkaitan kecergasan kerana ianya sinonim untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat.

“Saya difahamkan oleh pihak Bantu Sarawak yang mereka akan mengadakan jelajah di empat bahagian iaitu Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching. Saya telah berbincang dan menyarankan agar di Kuching itu kelak kalau boleh kita adakan pada 18 Oktober sempena dengan Hari Sukan Negara.

“Tahun ini, Hari Sukan Negara akan diadakan pada 12 Oktober tetapi seperti yang kita sedia maklum pada 12 Oktober itu merupakan hari jadi rasmi TYT dan kita memberi ruang untuk program-program lain dilaksanakan pada tarikh tersebut,” katanya.

Pendaftaran bagi Sarawak Aerobig Day 2025 dibuka bermula 6 Mei hingga 31 Ogos 2025 dengan yuran penyertaan serendah RM10 bagi kanak-kanak manakala RM35 hingga RM50 bagi Kategori A dan Kategori B dewasa.

Bertemakan Jom Amal, Jom Aerobik ini akan diadakan empat minggu berturut-turut bermula pada 28 September di Stadium Miri dan seterusnya di Bintulu (5 Oktober), Sibu (12 Oktober) dan Kuching (19 Oktober). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan