Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Program Arkib@Sekolah: Bermulanya Di Sini, di Sekolah Menengah St Mary di sini hari ini. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Kementerian sasar 300 Rukun Tetangga progresif ditubuhkan tahun ini – Aaron

ByBernama

SANDAKAN, 5 Mei: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan penubuhan 300 Rukun Tetangga (RT) Progresif bagi memperkasakan ekonomi masyarakat di kawasan terlibat.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan program itu dan setakat ini terdapat 160 RT Progresif daripada 8,500 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

“RT Progresif ini menumpukan lapan bidang iaitu ekonomi sara hidup, keselamatan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan budaya dan daya cipta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Arkib@Sekolah: Bermulanya Di Sini, di Sekolah Menengah St Mary di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Aaron berkata kelesta­rian rukun tetangga sebagai pemacu dalam komuniti kejiranan terbukti memberi impak yang signifikan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan komuniti setempat.

“Kita tidak mahu KRT tidur, tiada kegiatan, kita mahu progresif. Sebab itu, banyak kegiatan kita sediakan, dan pada akhirnya dengan kegiatan bersama-sama dilakukan mampu memupuk semangat perpaduan,” katanya yang mahu mewujudkan komuniti saling menghormati serta boleh menerima kepelbagaian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan