Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut digilis lori tangki minyak selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini pada Ahad. Foto Polis

Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari kereta

ByBernama

SEREMBAN, 4 Mei (Bernama) — Seorang wanita maut digilis lori tangki minyak selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan jenis Perodua Myvi yang dinaiki wanita itu terbuka secara tiba-tiba sewaktu melalui selekoh menyebabkan dia tercampak ke jalan bertentangan sebelum dilanggar lori tangki minyak jenis Volvo dari arah berlawanan.

“Suami wanita yang juga pemandu berusia 34 tahun dan bayi mereka, lima bulan yang berada di tempat duduk hadapan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak serta pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati kedua-dua kenderaan mempunyai cukai jalan dan insurans yang masih aktif serta saringan urin terhadap pemandu kereta adalah negatif manakala rakaman papan pemuka lori terbabit telah diperoleh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ketika ini tiada unsur jenayah dikesan.

Maslan menasihatkan orang ramai untuk memastikan pintu kenderaan sentiasa dikunci terutama apabila membawa penumpang bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan