Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil ketika menerima cenderamata daripada pengerusi penganjur, Jimmy Jarop sambil disaksikan Rolland Duat dan Dr Johnical Rayong. Foto TVS

Terus bekerjasama dengan wakil rakyat GPS

SIBU, 4 Mei: Pemimpin di peringkat akar umbi di wilayah ini perlu terus memberikan kerjasama penuh kepada wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Sarawak ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, perkara itu amat penting memandangkan kebanyakan kawasan di luar bandar masih memerlukan kerajaan untuk memberikan peruntukan membangunkan kawasan dari pelbagai sudut.

“Sebagai seorang pemimpin akar umbi sama ada anda seorang tuai rumah atau kaunselor, anda perlu dan mesti bekerjasama dengan wakil rakyat GPS.

“Kalau anda semua tidak bekerjasama dengan wakil rakyat kerajaan yang memerintah ketika ini, ini menyebabkan kawasan atau rumah panjang seliaan akan ketinggalan daripada arus pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pra Gawai ‘Nganchau Tikai’ dianjurkan Jawatankuasa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Meluan di Sibu pada Sabtu.

Menurutnya, setiap permasalahan atau isu yang timbul harus disampaikan kepada wakil rakyat kawasan melalui cara atau kaedah betul.

“Kalau ada masalah sila jumpa wakil rakyat di kawasan anda secara terus bukan bertindak menyebarkannya di laman media sosial dan sebagainya,” ujarnya.

Turut hadir ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, ADUN Krian  Friday Belik dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan