Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ammarul Shafiq merakam gambar kenangan bersama tali pinggan kejuaraan. Foto TVS

Serangan jauh senjata Ammarul Shafiq tewaskan Corey

KUCHING, 4 Mei: Serangan secara jauh iaitu menggunakan tendangan dan kedudukan torso terbuka pihak lawan menjadi strategi buat Ammarul Shafiq Ubaidillah, 23, muncul juara bagi kategori terbuka 72 kg menewaskan atlet muay thai dari Britain, Corey Luke, 24.

Meskipun terpaksa bertarung dalam keadaan belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan pertarungan Beyond Madness minggu lalu, Ammarul berjaya mengawal rentak perlawanan dengan menenangkan diri terutama ketika bergelut dengan peninju dari luar negara itu.

“Dia kena tenang. Apabila kita bertemu apa-apa cabaran, apa-apa halangan, kaedah terbaik adalah untuk bertenang. Insya-Allah, kita bertenang, kita lakukan improvasi (serangan), kita (akan) berjaya,”

“Antara apa yang saya perhatikan, bahagian torso dia (Correy) lebih terbuka dan dia tidak melindungi kaki dia dan saya dapat melepaskan beberapa sepakan pada kaki dia

“Itu yang menyebabkan dia jadi takut untuk maju kehadapan dan teragak-agak sedikit untuk menentang saya,” katanya yang berasal dari Gombak.

Kejohanan Muay Thai Piala TYT 2025 turut menyaksikan pasukan Muay Thai Kenyalang muncul juara keseluruhan untuk kali kedua dengan kutipan 22 pingat emas, tujuh perak diikuti pasukan Sting Muay Thai, 13 emas, tujuh perak manakala PS Muay Thai Bintulu beroleh tempat ketiga dengan 11 emas dan 17 perak.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Frederick dan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan