Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pengunjung yang hadir pada Jualan Hari Terbuka Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Sekolah Khas PERKATA perlukan RM70,000 sebulan

KUCHING, 4 Mei: Jualan Hari Terbuka Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA Sarawak) 2025 di Jalan Ong Tiang Swee, di sini merupakan acara amal yang diadakan setiap tahun yang bertujuanĀ  mengumpul dana bagi membiayai kos operasi Sekolah Khas PERKATA.

Pengerusi Penganjurnya, Chan Hui Liang berkata, selain bertujuan mencari dana tambahan, inisiatif yang dilaksanakan PERKATA Sarawak adalah untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan keperluan anak-anak istimewa.

Chan Hui Liang ketika ditemui pemberita di Jualan Hari Terbuka Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) 2025 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Hasil inisiatif jualan hari terbuka tersebut kata Chan sedikit sebanyak membantu PERKATA Sarawak dalam menampung kos perbelanjaan serta pengoperasian yang dianggarkan berjumlah RM70,000 sebulan.

“Penganjuran program ini adalah untuk kami menambah peruntukan bagi menampung pengoperasian sekolah ini yang saban tahun meningkat naik meskipun kami menerima dana bantuan daripada Kerajaan Sarawak dan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Jualan Hari Terbuka Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA Sarawak) 2025 di Kuching pada Ahad.

Sementara itu Pengetua PERKATA, Wendy Mandau berkata, menguruskan 84 pelajar berkeperluan khas setiap hari bukanlah mudah namun jika diberi pendedahan serta didikan sistematik, anak istimewa tersebut dapat membuktikan kelebihan tersendiri dan berdikari pada masa mendatang.

“Selepas menamatkan pelajaran serta latihan di sini, mereka akan mula mencari pekerjaan di pelbagai tempat antaranya kedai makan. Ramai pelajar kami yang berjaya memperoleh pekerjaan dan antaranya sebagai pekerja restoran dan pembersihan di premis perniagaan.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mendidik serta mendedahkan keupayaan pekerja berkeperluan khas ini agar mereka diberi peluang sewajarnya seperti orang lain,” ujarnya.

Untuk rekod, PERKATA Sarawak menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak berkeperluan khas berusia antara lima hingga 17 tahun.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan

No data was found