Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan tetamu majlis perkahwinan yang menari di atas lebuh raya kini berdepan prosiding jenayah kerana mengganggu lalu lintas, menurut pihak polis pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Rombongan pengantin menari atas lebuh raya, cetus kesesakan di Jerman

ByBernama

FREIBURG, 4 Mei: Sekumpulan tetamu majlis perkahwinan yang menari di atas lebuh raya kini berdepan prosiding jenayah kerana mengganggu lalu lintas, menurut pihak polis pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kumpulan itu yang menaiki empat buah kereta dilaporkan berhenti berhampiran Freiburg dan keluar dari kenderaan untuk menari, menyebabkan lalu lintas terhenti serta menimbulkan kemarahan pemandu lain yang segera menghubungi polis.

Selepas kira-kira dua minit, mereka kembali ke dalam kenderaan masing-masing, namun kesemua mereka kini disiasat atas kesalahan mengganggu lalu lintas secara berbahaya, menurut kenyataan polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan