Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto TVS

Remaja maut langgar penghadang jalan di Sibu

SIBU, 4 Mei: Seorang remaja lelaki maut selepas skuter ditunggang hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Sibu-Durin berhampiran lampu isyarat Lapangan Terbang Sibu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kes itu sekitar jam 7.35 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, Wan Mohamad Haziq Wan Mohamad Faliq, berusia 18 tahun dalam perjalanan dari kawasan Kemuyang menuju ke Sibu Jaya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan dan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan akibat pelanggaran tersebut.

Susulan kejadian itu, Zulkipli berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found