Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pendaki wanita Brazil berusia 27 tahun maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia, lapor media tempatan pada Rabu. Foto fail AFP

Pendaki Malaysia jatuh di laluan Gunung Rinjani, operasi menyelamat sedang dijalankan

ByBernama

JAKARTA, 4 Mei: Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

“Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian,” kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan pada Sabtu.

Pihak taman negara menjelaskan pendaki, yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.

RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

“Pendakian adalah satu pengembaraan, tetapi keselamatan adalah keutamaan,” kata pihak taman negara, sambil menggesa semua pendaki untuk sentiasa peka, saling membantu, dan menghormati alam sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan