Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita selepas penyampaian pingat sukan Special Olympics. Foto TVS

Pemeriksaan kesihatan untuk atlet sukan Special Olympics

KUCHING, 4 Mei: Program tujuh saringan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan pasukan perubatan ke atas kesemua atlet sukan Special Olympics dilihat langkah intervensi awal yang mampu mengesan sebarang penyakit yang mungkin menimpa golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, menerusi program kesihatan atlet, kesemua atlet sukan Special Olympics diminta untuk melakukan ujian kesihatan oleh pasukan perubatan di lokasi acara berlangsung.

Menurutnys, tujuh pemeriksaan yang dijalankan ialah pemeriksaan mata, telinga, gigi dan tekanan darah, malah sewaktu pemeriksaan tersebut dijalankan, ada antara atlet terbabit dikesan mempunyai tekanan darah yang tinggi melebihi paras sepatutnya.

“Antara data awal dan penemuan yang kami temui, ada antara mereka mempunyai tekanan darah 145 (mmHg), yang mana ia tinggi untuk golongan muda (atlet terbabit), perlunya ada intervensi kerana adalah sesuatu yang tidak normal bagi seseorang yang muda, atlet muda untuk mempunyai tekanan darah setinggi itu.

“Surat rujukan perubatan akan dibuat oleh doktor (yang bertugas pada acara Special Olympics) supaya mereka ini akan dapat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau klinik kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyampaian hadiah sukan Special Olympics yang berlangsung di Stadium Negeri pada Ahad.

Katanya, pemeriksaan itu turut dilakukan bertujuan memberikan kemudahan akses kesihatan kepada golongan OKU yang bertanding terutama dari kawasan luar bandar yang sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Ia juga dilihat dapat membantu golongan itu dalam mengesan sebarang penyakit merbahaya di peringkat awal yang mungkin tidak mereka sedari,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan