Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat apabila seramai 1,541 orang daripada 472 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 1,243 daripada 375 keluarga pada petang semalam. Foto Bernama

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 1,541 orang

ByBernama

KOTA KINABALU, 4 Mei: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat apabila seramai 1,541 orang daripada 472 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 1,243 daripada 375 keluarga pada petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah daerah Sook kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,340 orang daripada 405 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS terlibat ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 668 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (265), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), Dewan Kampung Ansip Tengah (117) dan 84 mangsa di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Sementara itu, di Beaufort, 175 mangsa daripada 57 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, dan di daerah Sipitang seramai 26 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.

“Sebanyak 28 kampung terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan masing-masing sembilan kampung di Sook dan Sipitang,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan