Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vesel nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia kerana melanggar syarat lesen. Foto Maritim

Langgar syarat lesen, dua vesel nelayan ditahan

KUCHING, 4 Mei: Dua buah vesel nelayan tempatan kelas A bersama empat kru warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak selepas dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bot ronda Maritim Malaysia melakukan tangkapan itu ketika melakukan rondaan Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019 kira-kira 4.58 batu nautika dan 6.6 batu nautika Timur Laut Pulau Burung sekitar pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua buah vesel tersebut dikendalikan empat kru warga tempatan berumur antara 28 hingga 39 tahun itu melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang jelas telah melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua buah vesel tersebut turut didapati membawa serta memiliki peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan dalam buku perlesenan.

Kedua-dua buah vesel bersama semua kru telah diiring ke Jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan