Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin (kanan sekali) bersama dengan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil (tengah ) dan Dr Johnical Rayong pada upacara miring sebelum majlis bermula. Foto TVS

KMKK Meluan buktikan kehebatan anjur acara besar

SIBU, 4 Mei: Kejayaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Meluan menganjurkan majlis berskala besar menjadi penanda aras kepada untuk penganjuran acara sama pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, kejayaan itu menjadi bukti kemampuan dan keupayaan persatuan ketua masyarakat dan ketua kaum luar bandar yang sama taraf dengan di bandar.

“Malam ini saya lihat ramai yang datang, dengan sebanyak 136 meja berjaya dijual. Ini perkembangan yang sangat positif kepada kemampuan sebuah jawatankuasa atau persatuan dari luar bandar dalam menganjurkan majlis berskala besar.

“Maka dengan ini, persatuan luar bandar sama taraf dengan kemampuan persatuan ketua masyarakat dan kaum yang ada di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra Gawai ‘Nganchau Tikai’ 2025 anjuran Jawatankuasa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Meluan Daerah Pakan di Sibu pada Sabtu.

Menurutnya, kehadiran orang ramai yang sanggup datang dari jauh ke Sibu menunjukkan perpaduan utuh dan kukuh dalam kalangan masyarakat di Meluan.

“Malam ini amat membanggakan saya, kerana kehadiran anda (tetamu) dengan jumlah yang begitu ramai dari jauh ke majlis kali ini sekali gus memperlihatkam perpaduan kita di Meluan sememang utuh dan kukuh,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan