Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pesawat kecil, nahas, California, juruterbang maut Foto hiasan Envato

Juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di selatan California

ByBernama

LOS ANGELES, 4 Mei: Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Selatan California pada Sabtu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut stesen KABC-TV, nahas berlaku sekitar 1.51 petang waktu tempatan (2051 GMT) berhampiran blok 200, High Meadow Street di Simi Valley, kira-kira 64 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles.

Pesawat itu melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat memaklumkan bahawa juruterbang terbabit merupakan satu-satunya individu dalam pesawat berkenaan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di kawasan sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan