Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri sesi Sarawak Agenda Townhall sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 Edisi UK di Hotel Royal Lancaster, London. Foto Fiqri Razak (TVS)

Isu Petronas, hak Sarawak diselesaikan secara harmoni

ByShafik Ahmad

LONDON, 4 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan beliau telah menerima panggilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu berhubung isu berkaitan Petronas serta hak Sarawak dalam sektor minyak dan gas.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan komited untuk menyelesaikan isu tersebut secara harmoni serta adil dengan pendekatan menang-menang antara kedua-dua pihak.

“Perdana Menteri telah hubungi saya pagi ini (Sabtu) dan kami mempunyai komitmen untuk menyelesaikan isu ini.

“Ini merupakan satu penyelesaian menang-menang antara pihak kita dan juga Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Sarawak Agenda Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) Edisi UK 2025 di London.

Abang Johari turut menekankan penyelesaian tersebut perlu berlandaskan keikhlasan dengan prinsip bahawa hasil minyak dan gas negara harus dikongsi secara adil.

Beliau menambah Sarawak telah memainkan peranannya dengan bertanggungjawab walaupun tanpa pendapatan tambahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan