Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sikie (tengah) bersama-sama tetamu merakam kenangan sempena upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, hari ini. Foto Suara Sarawak

Ibu Pertiwi berkibar dengan semangat Gawai

BySuara Sarawak

KUCHING, 4 Mei: Upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pagi tadi bukan sekadar rutin bulanan sebaliknya diserikan dengan tema Gawai yang menonjolkan budaya dan semangat patriotik.

Majlis bermula jam 8 pagi di Dataran Ibu Pertiwi dan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Premier, Dato Sri John Sikie Tayai.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan DBKU diikuti nyanyian lagu kebesaran negeri Ibu Pertiwiku.

Persembahan tarian tradisional oleh Persatuan Kebudayaan Dayak menambah kemeriahan suasana dan mencerminkan jati diri masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Bendera Ibu Pertiwi berukuran 25 meter panjang dan 12.4 meter lebar itu dinaikkan secara tertib di tiang ikonik setinggi 99.4 meter — yang kini menjadi mercu tanda utama bandar raya ini.

Ia dilakukan pada setiap Ahad pertama bulan.

Sejak diperkenalkan pada Julai 2024, upacara tersebut menjadi platform memupuk semangat cinta negeri, perpaduan dan kebersamaan.

Antara tokoh yang pernah menyempurnakan upacara tersebut termasuk Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tiga Timbalan Premier — Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah.

Pada April lalu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi turut menyempurnakan majlis sempena Aidilfitri manakala edisi Januari lalu pula diketuai Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tiang bendera Ibu Pertiwi kini tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai antara yang tertinggi di Asia Tenggara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan