Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyantuni salah seorang bakal jemaah haji dari Sarawak

Ibadah haji uji fizikal, mental jemaah

ByMahathir Haroun

KUCHING, 4 Mei: Ibadah haji bukan mudah kerana ia satu perjalanan kerohanian sangat besar dan mencabar bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental serta emosi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, simulasi ibadah haji merupakan langkah penting untuk membantu bakal jemaah haji memahami proses sebenar ibadah tersebut secara menyeluruh.

“Program ini (simulasi) membolehkan jemaah mendalami rukun dan wajib haji secara praktikal, mengetahui tatacara pergerakan, pengurusan masa dan memahami situasi sebenar yang akan dihadapi di Mekah dan Madinah kelak.

“Dengan bimbingan daripada tenaga pembimbing berpengalaman, jemaah akan mendapat keyakinan dan ketenangan untuk menunaikan ibadah dengan lebih sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simulasi Haji 1446H/2025 M anjuran Az Safir Travel and Tours Sdn Bhd di sini, malam tadi.

Dr. Abdul Rahman menjelaskan, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan syiar Islam yang harmoni dan inklusif.

“Sokongan kepada program seperti ini (simulasi) membuktikan komitmen kami dalam memperkasa masyarakat Islam di negeri ini khususnya dalam bab ibadah dan pendidikan,” ujarnya.

Malah menurutnya, sokongan turut diberikan kepada agensi pelancongan Islam tempatan yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan logistik tetapi mengutamakan bimbingan rohani dan sahsiah jemaah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan