Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan. Foto fail TVS

Geran Mudah Cara perkasa pembangunan seni, budaya dan industri kreatif

ByMadeline Dugat

MIRI, 4 Mei:Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak kini memberi tumpuan khusus kepada pembangunan seni, budaya serta industri kreatif, terutamanya dalam kalangan masyarakat Dayak menerusi pelaksanaan Geran Mudah Cara yang diperuntukkan setiap tahun.

Timbalan Menterinya, Datuk Snowdan Lawan berkata, peruntukan khas ini terbuka kepada persatuan, kelab dan NGO yang ingin menganjurkan akademi seni, kelas dan bengkel kebudayaan di peringkat komuniti.

“Untuk program seperti ini, anda boleh memohon melalui geran acara kami bagi mendapatkan pembiayaan dan sokongan.Anda boleh memohan geran yang ditawarkan dari RM50,000 hingga RM300,000, bergantung kepada skala acara,” katanya ketika merasmikan Bazaar Gawai Dayak 11.0 di Permyjaya, malam tadi.

Beliau menjelaskan bahawa geran ini disediakan bagi menyokong pelaksanaan program berasaskan warisan budaya, termasuk kelas dan bengkel seperti pembuatan Pua Kumbu, baju tradisional Iban, Bidayuh, Orang Ulu, serta kelas tarian Ngajat.

Snowdan menambah, Geran Mudah Cara merupakan satu inisiatif baharu dengan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta yang bertujuan memudahkan komuniti akar umbi melaksanakan program budaya dan seni, secara langsung memupuk penyertaan generasi muda dalam pemeliharaan warisan bangsa.

“Apa-apa program yang menyumbang kepada pemeliharaan budaya, warisan, dan identiti Dayak sangat dialu-alukan. Semua boleh mohon kerana kita mahu generasi baru meneruskan adat dan budaya generasi lama,” tambah beliau.

Dalam ucapannya, Snowdan turut menggesa komuniti Dayak agar meninggalkan sikap negatif seperti ‘mentaliti ketam’ dan sebaliknya mengamalkan semangat saling menyokong demi kemajuan bersama.

“Kita mesti sentiasa menyokong satu sama lain. Jangan sekali-kali mempunyai sikap ‘mentaliti ketam’ .

“Kita mahu lihat bangsa kita maju jaya dan suatu hari nanti orang akan hormat kita,” katanya.

Snowdan turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS), selaku penganjur program bertemakan “Bedagang Berami Begawai.”

Bazar Gawai kali ini turut mencatat rekod sebagai yang terbesar setakat ini, dengan penyertaan 74 gerai yang menawarkan pelbagai makanan tradisional, pakaian dan aksesori budaya Iban, serta menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang musim perayaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan