Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vesel tangki dan empat kru yang ditahan di peraraian Miri pada Sabtu. Foto APMM Zon Maritim Miri

Gagal lapor pertukaran nakhoda, vessel tangki ditahan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 4 Mei: Sebuah vessel tangki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri selepas didapati gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan ketika diperiksa.

Pengarah APMM Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vessel tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 1.7 batu nautika barat laut Kuala Baram, Miri.

“Pasukan peronda bot Maritim Malaysia yang melaksanakan rondaan rutin di bawah Operasi PERMAI 01/2019 dan Operasi TIRIS 3.0 sekitar jam 10.10 pagi, Sabtu lalu mengesan sebuah vessel tangki melakukan kesalahan gagal melaporkan pertukaran nahkoda seperti yang diperuntukkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai empat kru termasuk seorang nakhoda yang terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga India berumur lingkungan 24 hingga 76 tahun berada di atas vessel semasa pemeriksaan dijalankan.

Kesemua mereka ditahan dan vessel tersebut diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Menurutnya, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan perairan negara melalui rondaan berterusan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau menghadapi kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016 ataupun menerusi talian kecemasan 999 bagi maklum balas segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan