Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari (kiri) Awgku Mohd Qayyum Zulfitri, Wan Azizul, Abang Syamim dan Nor Sabryna ketika ditemui TVS pada Festival Muzik Fast Culture (FCMF) 2025 di Kuching. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

FCMF raikan budaya automotif, pacu pelancongan Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 4 Mei: Festival Muzik Fast Culture (FCMF) 2025 bukan sahaja menggamatkan suasana dengan persembahan muzik yang bertenaga, tetapi turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Tinjauan TVS pada hari terakhir peganjuran FCMF, mendapati rata-rata pengunjung menyifatkan acara tersebut sebagai platform penting dalam mengangkat budaya automotif sekali gus merancakkan aktiviti  pelancongan di Sarawak.

Bagi Wan Azizul, 42, acara sedemikian bukan sahaja mampu menarik kedatangan pelancong dari luar negara, malah turut memberi impak besar kepada ekonomi Sarawak.

“Kalau dilihat dari segi sambutannya, memang meriah. Bukan sahaja menampilkan artis-artis tempatan kita, malah turut disertai oleh peserta dari luar negara.

“Dalam masa yang sama, penganjuran acara ini turut memberi impak positif kepada sektor ekonomi dan pelancongan kita. Ramai pengunjung hadir, termasuk dari Indonesia, Semenanjung Malaysia dan juga negara-negara luar,” katanya.

Senada dengan Wan Azizul, Nor Sabryna, 27, yang menyifatkan acara tersebut sebagai anjakan paradigma yang berkesan dalam merancakkan sektor pelancongan negeri.

“Saya tidak menjangkakan penyertaan dari negara Indonesia, Brunei dan sebagainya. Saya ingatkan ia hanya melibatkan peserta tempatan, tetapi rupa-rupanya terdapat juga penyertaan dari negara jiran.

“Ia adalah sesuatu yang menarik kerana secara tidak langsung ia dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Abang Syamim, 31, turut menyokong usaha penganjuran acara besar seumpama itu dan berharap agar ia dapat diteruskan pada tahun akan datang.

“Acara seperti ini perlu dan harus diteruskan akan datang. Jika kita lihat di sini, ramai yang datang, bukan sahaja dari dalam negara, malah turut menerima sambutan dari luar negara,” jelasnya.

Sementara itu, bagi salah seorang peserta dari Brunei Darussalam, Awgku Mohd Qayyum Zulfitri, 29, dia berharap supaya lebih ramai lagi generasi muda yang berkecimpung dalam dunia automotif.

“Ia juga menjadi platform untuk meraikan budaya ‘automotif’ di mana pelbagai negara yang turut serta dan terlibat dalam menjayakan acara seperti ini. Saya berharap masih ramai remaja dan generasi akan datang yang dapat meneruskan budaya ini,” katanya.

Dengan pelbagai penyertaan dari luar negara dan sambutan positif daripada komuniti tempatan, FCMF 2025 membuktikan bahawa gabungan muzik dan budaya automotif mampu menjadi daya tarikan besar untuk Sarawak, sekali gus membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi dan pengiktirafan antarabangsa dalam dunia kreatif serta permotoran.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan