Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil di Nibong Tebal tengah malam tadi. Foto JBPM Pulau Pinang.

Dua penunggang maut, dua motosikal hangus dalam kemalangan

ByTVS

NIBONG TEBAL, 4 Mei: Dua lelaki terkorban selepas dua buah motosikal ditunggang mereka disyaki bertembung sebelum terbakar dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Kechil di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, seorang mangsa maut ditempat kejadian, manakala seorang lagi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden yang membabitkan kedua-dua mangsa berusia 40-an itu pada pukul 12.16 tengah malam.

Ujarnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal yang telah terbakar dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.

“Seorang mangsa didapati tersepit pada kaki, cedera parah dan melecur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Seorang lagi mangsa yang cedera dan melecur pada badan sebanyak 50 peratus disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.32 tengah malam, manakala operasi ditamatkan pukul 1.25 pagi. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found