Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar adakan perbincangan dengan Probowo untuk perkukuh kerjasama pelbagai bidang. Foto Anwar Ibrahim (Facebook)

Anwar adakan perbincangan dengan Probowo untuk perkukuh kerjasama pelbagai bidang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perbincangan itu, yang berlangsung menerusi panggilan telefon, menyentuh mengenai keperluan kedua-dua negara.

“Saya dan Presiden Prabowo percaya hubungan erat Malaysia dan Indonesia ini dapat memberi manfaat buat rakyat keseluruhannya.

“Kami juga menyentuh soal persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Probowo turut mengundang beliau ke Jakarta bagi mengadakan lawatan rasmi dalam masa terdekat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan