Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amirruddin Ahmat (tengah) bersama-sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak Edisi United Kingdom (UK) 2025. Foto Len Talif Salleh (Facebook)

Anak Sarikei terajui Lan Berambeh Edisi London 2025

SARIKEI, 4 Mei: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan anak jati Sarikei, Amirruddin Ahmat yang diberi kepercayaan menerajui Program Lan Berambeh Anak Sarawak Edisi London, United Kingdom (UK) 2025.

Beliau berkata, Amirruddin, 25, merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Subsurface Energy Engineering di University of Manchester.

“Tahniah anak Sarikei,” katanya yang juga ADUN Kuala Rajang itu menerusi satu hantaran di laman Facebook Rasmi miliknya hari ini.

Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 Edisi London, United Kingdom (UK) merupakan penganjuran sulung yang menghimpunkan kira-kira 230 pelajar dari UK, Perancis dan Jerman.

Program tersebut bukan sahaja menjadi medan pertemuan anak Sarawak di perantauan malah turut menyemarakkan semangat kebanggaan sebagai anak Sarawak.

Lebih penting, program tersebut membuka ruang kepada pelajar untuk memahami secara dekat inisiatif dan hala tuju pembangunan negeri melalui Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030).

Penganjuran program bersejarah itu turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi suntikan semangat kepada pelajar.

Kehadiran beliau menjadi bukti komitmen Kerajaan Sarawak dalam menyantuni dan merapatkan hubungan dengan anak-anak Sarawak yang berada di luar negara.

Program tersebut diharap menjadi platform berterusan untuk melibatkan golongan pelajar dalam pembangunan negeri serta memperkukuh jati diri mereka sebagai anak Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan