Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

“Perdagangan tidak seharusnya digunakan sebagai senjata” – Warren Buffett

ByBernama

SAN JOSE (California), 4 Mei: Pelabur terkenal Amerika Syarikat, Warren Buffett mengkritik dasar tarif pentadbiran AS dalam satu mesyuarat pemegang saham pada Sabtu, tanpa menyebut secara langsung nama Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Perdagangan tidak sepatutnya dijadikan senjata.

“Lebih makmur negara-negara lain, lebih makmur kita… dan ia menjadikan kita rasa lebih selamat – dan begitu juga anak-anak kita suatu hari nanti,” kata Buffett dalam mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat induknya, Berkshire Hathaway.

Trump mengenakan tarif menyeluruh sekurang-kurangnya 10 peratus ke atas semua import ke Amerika Syarikat, termasuk duti tambahan terhadap pelbagai rakan dagang, yang mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan saham.

Walaupun sebahagian tarif itu digantung bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan, AS masih mengekalkan tarif khas sehingga 145 peratus ke atas barangan dari China. Sebagai tindak balas, Beijing pula mengenakan tarif hingga 125 peratus terhadap produk Amerika.

Menurut laporan, Langkah itu menyebabkan banyak pihak di seluruh dunia menilai semula hubungan mereka dengan Washington, selain kemungkinan berlaku gangguan rantaian bekalan di Amerika.

Buffett turut memberi amaran agar AS tidak bersikap memusuhi dunia luar.

“Jika 7.5 bilion orang tidak suka kepada anda dan 300 juta pula berbangga tentang betapa hebatnya mereka, itu adalah satu kesilapan besar.

“Saya tak fikir ia sesuatu yang betul – dan saya juga tak fikir ia sesuatu yang bijak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan