Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang remaja lelaki maut dalam satu insiden kebakaran di Gateshead, menurut Polis Northumbria.-Foto hiasan Envato

14 kanak-kanak ditahan di utara England selepas remaja maut dalam kebakaran

ByBernama

LONDON, 4 Mei: Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang remaja lelaki maut dalam satu insiden kebakaran di Gateshead, menurut Polis Northumbria.

Kebakaran berlaku berhampiran taman perindustrian Fairfield di kawasan Bill Quay, Gateshead pada petang Jumaat, lapor PA Media/dpa.

Pihak berkuasa melancarkan usaha mencari Layton Carr yang dilaporkan berada di lokasi ketika kejadian.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan, hasil pencarian yang dijalankan oleh Polis Northumbria dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tyne and Wear, satu mayat yang dipercayai milik Layton Carr, 14, dijumpai dalam bangunan berkenaan.

“Pihak waris telah dimaklumkan dan kini menerima sokongan daripada pegawai khas kami,” menurut jurucakap polis.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan bagi membantu siasatan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi susulan siasatan masih di peringkat awal.

“Ucapan takziah kami ucapkan kepada keluarga Layton ketika mereka cuba menerima kehilangan insan tersayang.

“Pegawai khas kami akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam apa jua cara yang diperlukan,” kata Ketua Inspektor Detektif Louise Jenkins.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan