Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah merakam gambar kenangan bersama wakil yang mengambil bahagian dalam pertandingan Special Olympics Sarawak. Foto TVS

Wujudkan satu bahagian khas bagi pembangunan bakat sukan OKU di bawah KPWK – Fatimah

KUCHING, 3 Mei: Kerajaan Sarawak dicadang mempertimbang mewujudkan satu bahagian khas di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) bagi memperkasa dan membangunkan bakat atlet sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini Sarawak menjadi satu-satu negeri di Malaysia yang memantau perkembangan pembangunan sukan golongan OKU dan meletakkannya di bawah pemerhatian KPWK.

Menurutnya, menerusi penubuhan bahagian itu nanti, ia dilihat mampu menyatukan kesemua sukan OKU yang turut melibatkan individu yang dikategorikan sebagai cacat intelek, cacat penglihatan, pekak dan kerdil.

“Kita mahu Sarawak menjadi kuasa besar sukan bagi (golongan) OKU dan ini adalah usaha kita untuk membawa pelbagai kategori sukan ini di bawah satu payung kementerian dan kita harap nanti kerajaan (Sarawak), apabila kita bentangkan dalam kabinet, ia dipersetujui.

“Saya percaya dengan cara sedemikian, perkembangan bakat OKU kita ini terutama sekali dalam bidang sukan dan juga dalam bidang-bidang artistik nanti dapat kita perkembangkan kepada tahap maksimum,” katanya lagi.

Fatimah berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Special Olympics kali ke-7, Sukan Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre pada Jumaat.

Dalam ucapan sama, Fatimah turut berkongsi beberapa kejayaan yang telah dilakar atlet paralimpik Sarawak di luar negara.

Antaranya di Special Olympic World Games di Berlin pada tahun 2023 di mana atlet OKU Sarawak berjaya membawa pulang dua pingat gangsa masing-masing bagi kategori sukan pingpong dan bowling dan di Special Olympics World Summer Games, Los Angeles pada 2019 di mana atlet paralimpik Sarawak berjaya merangkul dua pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

“Peristiwa ini merupakan detik penting dan pembakar semangat dalam perkembangan dan kemajuan Special Olympics Sarawak sehingga hari ini. Inilah puncak kecemerlangan Special Olympics atlet,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus dan Presiden of Special Olympics Kuching Chapter, Datin Dayang Mariani Abang Zain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan