Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi bersama tetamu lain bergambar bersama jemaah haji Limbang yang juga peserta program latihan. Foto: TVS.

Sarawak berdepan kekurangan stok pasport biru

LAWAS, 3 Mei: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengatasi segera masalah kekurangan bekalan pasport biru yang berlaku di seluruh Sarawak ketika ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, isu kekurangan bekalan pasport jenis itu dihadapi penduduk termasuk di Limbang sejak lebih tiga minggu lalu sekali gus menyukarkan pergerakan keluar dan masuk rakyat di negeri ini yang menggunakan dokumen perjalanan itu.

Menurutnya, Jabatan Imigresen Limbang ketika ini hanya mempunyai 34 naskah pasport berkenaan yang terhad kepada mereka yang berdepan kes kecemasan.

“Saya difahamkan daripada Jabatan Imigresen Limbang bahawa kehabisan stok pasport biru bukan hanya di Limbang tapi seluruh Sarawak.

“Dokumen perjalanan ini amat diperlukan untuk melintasi negara Brunei memandangkan keadaan geografi Limbang, Lawas, Miri dan selatan Sabah kita memang memerlukan pasport biru itu.

“Memang ada pasport merah tapi agak mahal dan tidak semua rakyat kita mampu terutama bagi urusan menghantar anak ke sekolah, orang sakit, orang meninggal, suka duka dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media bagi mengulas kekurangan stok passport biru selepas Majlis Penutupan Latihan Kecemasan Bangunan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) 2025 di Lapangan Terbang Limbang hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports Muhammad Hidayat Ismail, Pengurus Tabung Haji Cawangan Limbang Musapir Abdullah dan Pengurus Lapangan Terbang Limbang Shaziana Mohd Sahrill.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan, beliau sudah menghubungi Timbalan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah untuk mengatasi masalah tersebut.

Pada masa beliau meminta vendor terbabit untuk mencetak naskah pasport tersebut secepatnya bagi keperluan rakyat di Sarawak khususnya di bahagian utara yang memerlukan dokumen perjalanan itu.

Ketika ini penduduk di Limbang dan sekitarnya banyak bergantung kepada pasport laluan terhad ke Brunei kerana bayarannya yang agak rendah iaitu RM50 berbanding RM200 untuk bayaran bagi pasport berwarna merah.

Mengulas program itu katanya Latihan Kecemasan Bangunan bagi Operasi Haji Tanah Air telah dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sejak tahun 2019.

Program tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara Malaysia Airports dan Lembaga Tabung Haji untuk menguji keberkesanan pelan tindakan kecemasan, selain memastikan kesiapsiagaan petugas Tabung Haji dalam menghadapi situasi kecemasan.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan