Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol merasmikan pertandingan dart BZ Junction Double Dart 2025 di Pusat Beli-Belah Riverside, Kuching, hari ini. Foto Saibi Gi (TVS)

Pertandingan dart BZ Junction serlah bakat dan rapatkan silaturahim

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mei: Penganjuran pertandingan dart BZ Junction Double Dart 2025 mendapat pujian Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, yang menyifatkan acara sebegini sebagai platform riadah sihat dan medan mencungkil bakat belia tempatan.

Berucap semasa merasmikan pertandingan tersebut di pusat beli-belah Riverside sini hari ini, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan kejohanan yang berjaya menarik penyertaan peserta dari seluruh pelusuk Sarawak.

Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama penganjur dan peserta. Foto Saibi Gi (TVS)

“Saya amat menghargai usaha penganjur yang telah berjaya menarik ramai peserta, termasuk penyertaan menggalakkan daripada golongan wanita,” katanya.

Menurutnya, sukan dalam dewan (indoor) seperti dart amat mudah dianjurkan kerana hanya memerlukan sebuah ruang yang besar dan selesa seperti dewan serbaguna.

“Saya berharap penganjuran seperti ini diteruskan secara aktif bukan sahaja kerana ia aktiviti riadah yang sihat, tetapi juga sebagai platform mencungkil bakat dalam kalangan warga belia yang berpotensi mewakili Sarawak dalam kejohanan yang lebih besar,” tambahnya.

Sebagai tanda sokongan, beliau turut menyumbangkan RM3,000 kepada penganjur pertandingan.

Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Saraak (SEDC) atas kesudian menyediakan ruang bagi penganjuran acara tersebut.

Dalam ucapannya yang bersahaja, beliau juga berkongsi bahawa isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, merupakan peminat sukan dart dan sering bermain di kediaman beliau sendiri.

“Ini menunjukkan bahawa sukan dart ini bukan hanya digemari oleh orang muda, malah turut diminati golongan kenamaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BZ Junction Dart Club, Zainal Ahmad Abdul Sani berkata pertandingan tahun ini menyaksikan penyertaan memberangsangkan dengan 116 pasukan melibatkan seramai 232 peserta dari seluruh Sarawak.

Menurut beliau, penganjuran seperti ini bukan sahaja membuka ruang persaingan sihat, malah mampu memupuk silaturahim antara para pemain dart dan mencipta pengalaman berharga sepanjang kejohanan berlangsung.

“Objektif utama pertandingan ini adalah untuk mengumpul pemain dart Sarawak yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih berprestij. Ia juga bertujuan mencungkil bakat baharu khususnya dalam kalangan golongan belia,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan