Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pasaran getah mungkin pulih minggu depan susulan pelan rangsangan China

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pasaran getah Malaysia dijangka pulih sedikit minggu depan disokong oleh unjuran positif di tengah-tengah potensi langkah rangsangan China, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mengunjurkan pandangan positif ini, menganggarkan penggunaan getah asli (NR) akan meningkat sebanyak 1.5 peratus pada 2025 kepada kira-kira 15.6 juta tan.

“Pembekalan NR yang terhad secara berterusan di negara pengeluar getah utama juga akan memberi kesan ke atas harga,” kata jurucakap MARGMA kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada perkembangan yang memberangsangkan daripada rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China dan ini akan terus menjejaskan pasaran dan ekonomi global.

“Harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, serta kekuatan ringgit berbanding dolar AS dan penanda aras harga minyak mentah,” katanya.

Sementara itu, pakar industri Denis Low berkata pentadbiran Trump telah menyebabkan banyak ketidaktentuan dalam pasaran getah.

“Kita memasuki persekitaran ekonomi global yang semakin dinamik dan sangat kompleks. Adalah penting bagi perniagaan di seluruh dunia untuk terus menyesuaikan dengan situasi ini sebaik mungkin bagi menguruskan cabaran berterusan yang timbul disebabkan oleh dasar (Presiden AS Donald) Trump,” katanya.

Pada asas minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 14.5 sen kepada 738.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 16.5 sen kepada 609.0 sen sekilogram.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan