Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Forum Sarawak Connect 2025 London. Foto Fiqri Razak (TVS)

Model hubungan UK – Scotland rujukan urus karbon, bahagi levi

ByShafik Ahmad

LONDON, 2 Mei: Sarawak sedang meneliti model hubungan antara United Kingdom dan Scotland sebagai rujukan dalam memperkasa kuasa negeri khususnya dalam aspek pengurusan sumber karbon dan pembahagian hasil levi berkaitan dasar alam sekitar.

Pendekatan itu dilihat relevan dan boleh disesuaikan dengan konteks Malaysia Timur berhubung isu hak negeri terhadap sumber asli dan keperluan kepada tadbir urus alam sekitar

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak menghadapi isu serupa ketika ini.

“Kita juga mengkaji UK iaitu bagaimana susunan hubungan antara UK dan Scotland. Kita ada masalah yang hampir sama, iaitu siapa yang mengawal siapa.

“Jadi kita guna itu sebagai model, apa yang Scotland ada, apa yang UK ada dalam susunan itu,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam sesi soal jawab di Forum Sarawak Connect 2025 London di sebuah hotel terkenal di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Sarawak sedang berusaha mencari pendekatan terbaik untuk menguruskan sumber karbon dalam wilayah sendiri, selain membincangkan isu kritikal berkaitan pembahagian levi karbon antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Sarawak perlu cari ruang tersendiri bagaimana untuk menguruskan sumber karbon dalam wilayah kita dan soal levi, bagaimana kita bahagikan atau kongsikan levi itu antara kerajaan persekutuan dan negeri,” ujarnya.

Langkah tersebut selaras dengan komitmen Sarawak terhadap pembangunan ekonomi hijau dan usaha menempatkan negeri itu sebagai peneraju dalam agenda tenaga bersih dan kelestarian serantau.

Dengan pendekatan tadbir urus berteraskan hak negeri, Sarawak mahu memastikan bahawa hasil daripada inisiatif karbon dan alam sekitar turut memberikan manfaat langsung kepada rakyat di peringkat tempatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan