Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kadar tarif yang dikenakan ke atas produk Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara pesaing utama seperti Indonesia yang merupakan pengeluar sawit terbesar dunia. Foto fail Bernama

Malaysia kekal kompetitif dalam eksport komoditi

ByTVS

PUTRAJAYA, 3 Mei: Malaysia kekal berkelebihan daya saing dalam sektor komoditi, khususnya di pasaran Amerika Syarikat (AS) meskipun berdepan cabaran tarif dan ketidaktentuan perdagangan global.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kadar tarif yang dikenakan ke atas produk Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara pesaing utama seperti Indonesia yang merupakan pengeluar sawit terbesar dunia.

“Kita dikenakan tarif sebanyak 24 peratus, manakala pengeluar utama dunia, Indonesia dikenakan tarif 32 peratus.

“Jadi dari sudut itu, kita masih mempunyai sedikit kelebihan daya saing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini malam tadi.

Menurut Johari, walaupun AS bukan pembeli utama bagi minyak sawit berikutan Eropah, India dan China mencatat jumlah lebih besar, namun pasaran itu masih penting untuk Malaysia.

“Contohnya, kita eksport hampir RM4.9 bilion minyak sawit ke AS setiap tahun.

“Selain itu, kita juga eksport sarung tangan getah dengan nilai lebih RM8 bilion, perabot kayu RM6.5 bilion dan koko sekitar RM1.6 bilion,” jelasnya.

Secara keseluruhan, nilai eksport komoditi Malaysia ke AS dianggarkan mencecah antara RM20 hingga RM21 bilion setahun, menjadikannya antara pasaran utama bagi sektor komoditi negara.

Walau bagaimanapun, Johari menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada satu pasaran sahaja dan perlu memperkukuh hubungan dagangan dengan negara lain.

“Kita tetap perlu berhati-hati dan terus berhubung dengan pembeli dari seluruh dunia agar tidak terlalu bergantung kepada satu pasaran,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua maklumat dari kementeriannya telah diberi kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam usaha rundingan bersama Amerika Syarikat.

Malaysia kini merekodkan jumlah eksport komoditi keseluruhan sekitar RM186 bilion ke seluruh dunia, dengan sektor ini kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan