Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari (kanan) dan Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira (tengah) pada sidang media Persidangan Perubatan Integratif (CIM) 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Malaysia berpotensi jadi peneraju perubatan alternatif di rantau Asia

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Malaysia berada pada kedudukan yang amat strategik dalam perkembangan sistem perubatan integratif atau alternatif di Asia, dengan potensi besar untuk menjadi peneraju dalam bidang tersebut.

Pakar perubatan berpengalaman, Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, meskipun kemajuan dalam perubatan alternatif masih dalam fasa pembangunan, negara ini telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha mewujudkan akses yang lebih meluas dan inklusif terhadap rawatan yang lebih holistik.

“Jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia, Malaysia berada pada kedudukan yang sangat strategik dan mempunyai keadaan yang terbaik.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia kini menjadi model yang dicontohi oleh negara-negara lain. Kita mempunyai keseimbangan yang baik – di bandar, kita menyediakan perubatan moden yang canggih, manakala di kawasan yang lebih sederhana, kita juga mampu menawarkan pendekatan yang mudah dan praktikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Perubatan Integratif (CIM) 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau optimis bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi contoh dalam bidang perubatan alternatif di Asia.

Dalam pada itu, beliau memuji penganjuran edisi kali ini yang disifatkan memberi impak besar dalam mempertingkatkan pemahaman dan amalan perubatan di Malaysia.

Katanya, penganjuran pada tahun hadapan diharap dapat menggariskan topik-topik yang lebih terkini, dengan tumpuan kepada prosedur dan amalan perubatan yang selaras dengan perkembangan semasa di peringkat global.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan ketinggalan dalam mengikuti arus perubahan global dalam bidang perubatan.

“Yang pasti, prosedur dan kumpulan yang terlibat dalam persidangan ini akan terus memberi penglibatan yang kukuh terhadap apa yang berlaku di dunia.

“Malaysia tidak boleh ketinggalan. Saya yakin tahun depan, dengan adanya prosedur yang lebih mantap dan kumpulan yang berfungsi dengan baik, persidangan ini akan menjadi lebih terkini dan relevan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan