Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis. Foto BBP Tanjung Manis

Lelaki hilang di jeti LKIM Tanjung Manis ditemui meninggal dunia

TANJUNG MANIS, 3 Mei: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai di Jeti Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa, Tan San Belati, 40, ditemui orang awam berhampiran Kilang WTK sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada petugas kawalan di Tanjung Manis.

Komander Operasi, Salahudin Mohd Dawood berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 7.51 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba.

Jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini.

Dalam kejadian jam 1.56 pagi itu, mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar jeans pendek dan berbaju biru berkolar.

Dia dipercayai dalam perjalanan kembali ke kapal pukat tunda untuk berehat selepas selesai bergaul dengan rakan sekerja.

Ketika menuruni jeti menuju ke kapal, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.

Usaha pencarian awal oleh rakan sekerja bagaimanapun gagal menemui mangsa sebelum kejadian dimaklumkan kepada pengawal keselamatan dan laporan polis dibuat.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan