Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buat julung kalinya, program ikonik Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) merentas sempadan antarabangsa dengan penganjuran di United Kingdom. Foto TVS

Lebih 200 anak Sarawak hadir LBAS di United Kingdom

ByShafik Ahmad

LONDON, 3 Mei: Buat julung kalinya, program ikonik Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) merentas sempadan antarabangsa dengan penganjuran di United Kingdom, sekali gus menyantuni lebih 200 anak Sarawak yang kini menetap dan melanjutkan pengajian di Kota Inggeris itu.

Acara tahunan yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008 di Lembah Klang ini merupakan cetusan inspirasi para pemimpin Sarawak bagi menghimpunkan anak-anak Sarawak yang berada di luar negeri, khususnya di Semenanjung Malaysia.

Penganjuran di UK kali ini adalah sebagai respon kepada permintaan komuniti Sarawak di sana yang ingin terus kekal dekat dengan perkembangan tanah air mereka.

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama strategik Kerajaan Sarawak, pelbagai agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim anak Sarawak, tetapi juga sebagai wadah menyampaikan maklumat berkaitan pembangunan, kemajuan serta pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Antara acara utama yang mencuri tumpuan dalam LBAS UK ialah Sarawak Agenda, sesi townhall bersama Premier Sarawak, Meet & Greet Anak Sarawak, serta Kenyalang Speaks yang menampilkan tokoh-tokoh dari Bumi Kenyalang berkongsi kejayaan dan inspirasi bersama para peserta.

Forum Sarawak Dialog yang turut diadakan melibatkan diskusi bersama panel-panel daripada kalangan pemimpin kerajaan, agensi dan GLC, membuka ruang wacana konstruktif berkaitan masa depan Sarawak.

Kemuncak acara disempurnakan dengan Majlis Makan Malam Anak Sarawak yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penganjuran LBAS di peringkat antarabangsa ini menandakan satu lagi langkah progresif dalam memperkukuh identiti dan perpaduan anak Sarawak di seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan