KOTA SAMARAHAN, 3 Mei: Seorang pemandu berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbakar di Taman Desa Ilmu di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Lydia Mohammad Sarkawi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.47 malam dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Chevrolet Cruze telah terbakar keseluruhan.
“Bagaimanapun, pemandu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dua nozel sumber air dari jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.
“Setelah kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya dan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS