Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak Abdul Rahman Abdul Wahab ketika berucap pada Majlis Perasmian Rasa-Rasa Akuakultur dan Karnival myAP dan myKP di Majma Mall di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

JPLS komited bantu komuniti perikanan jana pendapatan

KUCHING, 3 Mei: Program Rasa-Rasa Akuakultur, Karnival myAP dan myKP menjadi platform strategik untuk membantu usahawan akuakultur termasuk komuniti perikanan memperluaskan pasaran serta memperkukuhkan jaringan perniagaan.

Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, jabatan itu sentiasa komited menyokong keusahawanan dalam kalangan komuniti nelayan melalui pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan.

Menurutnya, pendekatan inklusif dilakukan untuk membuka ruang kepada komuniti tersebut berinteraksi secara langsung dengan pembeli, pemborong, pelabur dan rakan industri sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dengan memperkasakan pemain industri kecil dan sederhana (IKS) dalam sektor perikanan.

“Sejak tahun 2021 sehingga hari ini dengan seramai tujuh peserta program myKP dengan keahlian keseluruhan seramai 160 orang dan 49 peserta myAP di seluruh Sarawak berjaya menjana pendapatan keseluruhan mencecah anggaran RM500,000 setahun sekali gus membuktikan keberkesanan program dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing usahawan perikanan tempatan.

“Selain daripada pembangunan keusahawanan berasaskan aktiviti hiliran, Jabatan Perikanan Laut Sarawak juga menyokong pembangunan dari segi akuakultur marin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Rasa-Rasa Akuakultur dan Karnival myAP dan myKP di Majma Mall di Kuching pada Sabtu.

Menurutnya, pengeluaran akuakultur marin berjaya mencatatkan 3.245.19 tan metrik pada tahun 2023, meningkat kepada 3,812 tan metrik dengan nilai borong pengeluaran sebanyak RM102 juta pada tahun 2024 melibatkan 120 penternak akuakultur marin yang aktif di Sarawak.

Tambahnya, Jabatan Perikanan melaksanakan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SpeKS) Akuakultur bagi membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran dan pendapatan melalui bantuan input operasi, peralatan mudah alih dan sistem sokongan lain.

Sejumlah RM958,000.00 disalurkan kepada 10 pengusaha akuakultur di Wilayah Satu, Kuching di bawah Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPEKS) Akuakultur Peringkat Negeri Siri 1/2025 bagi tujuan pembangunan dan penstrukturan semula komuniti akuakultur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan