Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mendiang James Ritchie yang namanya cukup popular dalam kalangan wartawan tempatan. Foto FB James Ritchie

James Ritchie tinggalkan legasi kewartawanan yang cemerlang – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mei: Dunia kewartawanan Sarawak kehilangan seorang tokoh ulung apabila wartawan veteran, James Ritchie meninggal dunia, hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia media dan kewartawanan negara, khususnya di Sarawak.

“Kita telah kehilangan individu ulung dalam kalangan warga media veteran yang amat cemerlang pengalaman dan perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang wartawan dan penulis,” katanya dalam satu kenyataan.

James Ritchie meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada usia 75 tahun.

Menurut Abdullah lagi, penglibatan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan sejak tahun 1971 selama hampir lima dekad telah menjadikan James Ritchie sebagai saksi terhadap pelbagai peristiwa penting serta perkembangan sejarah pembangunan negara.

“Beliau telah meninggalkan legasi teladan budaya kerja profesional yang cemerlang serta banyak hasil penulisan artikel dan buku yang menjadi bahan rujukan penting dan masih relevan,” katanya lagi.

James Ritchie dikenali ramai bukan sahaja sebagai wartawan berpengaruh, malah sebagai penulis yang tekun mendokumentasikan kisah-kisah tempatan, termasuk sejarah komuniti peribumi dan pembangunan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan