Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ikon bina badan Sarawak, Douglas Jerukan Kanyan

Ikon bina badan Sarawak meninggal dunia

SIBU, 3 Mei: Ikon bina badan Sarawak, Douglas Jerukan Kanyan meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Sibu pada jam 11.18 malam, Khamis (1 Mei).

Memetik laporan Suara Sarawak, pemergian mendiang disahkan Persatuan Bina Badan Sarawak menerusi kenyataan di Facebook.

Douglas yang meninggalkan seorang isteri, Catherine Abit, empat anak dan tiga cucu merupakan juara pertama Mr Sarawak pada 1963 — edisi pertama peringkat negeri yang diadakan di Sibu.

Beliau turut meraih anugerah ‘Most Muscular Man’ dalam Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 1961 di Dunedin ketika menuntut di New Zealand bawah Rancangan Colombo (1958–1961).

Atas sumbangan luar biasa, beliau dikurniakan Ahli Bintang Sarawak (ABS) pada 2011 dan diiktiraf sebagai Ikon Bina Badan Sarawak oleh persatuan itu pada 2023.

Selain dunia sukan, mendiang dikenang sebagai pendidik cemerlang dan tokoh masyarakat yang dihormati ramai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan