Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 37 khemah raya disediakan di Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Subis 2025. Foto Salasiah Safian (TVS)

Hidupkan program melibatkan kaum

BySalasiah Safian

MIRI, 3 Mei: Program melibatkan kaum di Sarawak perlu terus dihidupkan bagi menggalakkan penyertaan komuniti setempat, memperkasa pelancongan dan membudayakan semangat perpaduan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia penting untuk mengekal adat istiadat dan tradisi lama.

“Program seperti melanggar meja dan Pesta Kaul perlu kita jaga dengan mendalam,” katanya ketika berucap pada Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Subis 2025 di Arena Sibuti, hari ini.

Menurutnya, setiap kali program tradisi dilangsungkan, ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Sementara itu, Karim berkata, tradisi hari raya bukan sekadar sambutan perayaan tetapi platform mengeratkan silaturahim rentas budaya.

Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Subis 2025 melibatkan 37 khemah raya yang menyediakan juadah raya oleh penduduk setempat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan