Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman di tingkat atas rumah dua tingkat yang terbakar di Jalan Nan Sang. Foto JBPM Sibu

Empat penghuni cemas, bilik tidur terbakar

SIBU, 3 Mei: Empat penghuni sebuah rumah dua tingkat di Jalan Nan Sang di sini berdepan detik cemas selepas bilik tidur mereka terbakar namun mereka semua berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.43 pagi sebelum sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah dua tingkat berukuran 20 x 40 kaki persegi, dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 30 peratus melibatkan keluasan 12 x 20 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba bertindak pantas menggunakan teknik serangan ofensif dan defensif dengan menggerakkan satu aliran hos sepanjang 200 kaki yang dilengkapi dua hos untuk memadamkan kebakaran.

“Semua empat penghuni iaitu dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa berjaya keluar dari rumah dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 10.45 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan