Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu memindahkan lapan penghuni selepas kediaman mereka di Kampung Seberang Kedai Terusan, Lawas, dinaiki air akibat fenomena air pasang besar pagi tadi. Foto JBPM

Bomba bantu 8 penghuni terjejas banjir di Lawas

LAWAS, 3 Mei: Pihak bomba membantu memindahkan lapan penghuni selepas kediaman mereka di Kampung Seberang Kedai Terusan di sini, dinaiki air akibat fenomena air pasang besar pagi tadi.

Komander Operasi, Awang Adani Damit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10 pagi dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

“Bilik Kawalan Lawas telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian banjir yang berlaku akibat fenomena air pasang besar.

“Air telah melimpah masuk ke dalam sebuah rumah setinggi kira-kira 1.5 kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi dan berjaya memindahkan seramai lapan orang mangsa dari rumah yang terjejas ke jalan raya berdekatan yang dikenal pasti sebagai kawasan selamat.

“Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka memandangkan tren air sedang surut dan keadaan adalah terkawal,” ujarnya.-TVS

Tags: JBPM, Lawas, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan