Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain skuasy negara Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi. Foto fail AFP

Aira mara ke final Terbuka Bermuda

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pemain skuasy negara Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.

Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.

Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir Hana Moataz yang menewaskan rakan senegara Amina El Rihany.

Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan