Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) melancarkan program sulung Pendigitalan Bau sebagai langkah bersejarah dalam memperkasa pendidikan digital di seluruh daerah Bau.

AI bermula dari bilik darjah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 3 Mei: Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) melancarkan program sulung Pendigitalan Bau sebagai langkah bersejarah dalam memperkasa pendidikan digital di seluruh daerah Bau.

Menurut satu kenyataan media, usaha perintis itu dilaksanakan melalui kerjasama antara SMK Lake dengan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, serta sejajar dengan tujuh teras utama Kementerian Pendidikan yang memacu transformasi sistem pendidikan negara.

Program yang dicetuskan oleh SMK Lake itu dibiayai sepenuhnya Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan menghimpunkan lebih 30 guru, 40 pelajar serta 40 ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari SMK Bau, SMK Paku dan SMK Singai.

Antara pengisian menarik ialah aktiviti interaktif dan amali termasuk penerokaan teknologi dron yang dikendalikan oleh pendidik tempatan, Liew Tho Lip.

SAIC turut memainkan peranan penting dengan memberikan hala tuju strategik dalam pengintegrasian teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif SAIC, Prof Dr Patrick Then, menyampaikan ucaptama yang memberi inspirasi mengenai visi AI Berdaulat Sarawak sambil menekankan peranan guru dalam membudayakan celik AI bermula dari bilik darjah.

“Kita memerlukan guru sekolah untuk menyampaikan ilmu berkaitan asas model AI Sarawak yang berteraskan kekayaan sumber dan rakyat negeri ini,” katanya.

Turut diketengahkan ialah sesi mengenai permainan dalam pendidikan (gamifikasi) yang dikendalikan oleh Jurulatih Khusus Peningkatan Sekolah (TVET) Daerah Pendidikan Kuching, Dr Kho Siaw Hui serta sesi pensijilan digital melalui platform DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) yang dibimbing oleh Dr Ng Siaw Hai dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bau.

Sementara itu, pasukan penyelidikan dan inovasi Swinburne Sarawak yang diketuai oleh Prof Madya Dr Miko Chang turut menjalankan bengkel khas bagi melengkapkan guru dengan kemahiran AI bersifat masa depan, sekaligus mengukuhkan pendekatan pengajaran digital di peringkat akar umbi.

Program Pendigitalan Bau yang diketuai oleh Swim Mining dari SMK Lake menjadi contoh unggul pendidikan berasaskan komuniti yang berpaksikan masa depan. Ia mencerminkan komitmen SMK Lake terhadap inovasi pendidikan serta peranan peneraju SAIC dalam membina kapasiti digital dan AI di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan