Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wartawan veteran, James Ritchie.

Abang Johari sifatkan James Ritchie penulis tersohor

ByMahathir Haroun

KUCHING, 3 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wartawan veteran, James Ritchie hari ini.

Beliau berkata, sebagai figura yang sudah lama berkhidmat dan menghasilkan artikel terbaik, pemergian James Ritchie merupakan kehilangan besar kepada landskap media Sarawak.

“Sebagai penulis tersohor dalam menghasilkan buku mengenai kehidupan dan budaya selain mempunyai nilai sejarah, James Ritchie meninggallan legasi dalam ruang lingkup sastera,” katanya menerusi lenyataan hari ini.

Dunia kewartawanan tanah air hari ini kehilangan seorang tokoh wartawan veteran dengan pemergian James Alexander Ritchie yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, pagi tadi.

Pemergian penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 berusia 74 tahun telah dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarganya melalui perkongsian mesej di WhatsApp media tempatan, hari ini.

Walaupun dilahirkan di Pulau Pinang, James menjadikan Sarawak sebagai tempat tinggalnya sejak tahun 1960-an, ketika bapanya, Datuk Seri John Ritchie, menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Dari detik itulah, Bumi Kenyalang menjadi medan perjuangan kewartawanannya yang berakar lebih lima dekad.

James memulakan kerjaya kewartawanannya pada tahun 1971 sebagai wartawan pelatih di The Straits Times di Kuala Lumpur, ketika berusia 23 tahun.

Beliau menunjukkan minat dan keazaman luar biasa terhadap dunia kewartawanan khususnya laporan jenayah.

Selepas hampir sedekad berkhidmat di Semenanjung, James dipilih New Straits Times untuk menjadi wartawan tetap pertama di Sarawak pada awal 1980-an, satu tanggungjawab besar yang digalas dengan penuh dedikasi.

Sepanjang lebih 50 tahun dalam dunia kewartawanan, James pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Penasihat Editorial dan Pengarah Eksekutif Eastern Times pada 2006, Pengarah Eksekutif Sarawak Tribune (2010), Konsultan Media Sarawak Digest dan Penulis Khas Sarawak Tribune pada 2022.

Kemuncak kerjayanya adalah apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, satu penghargaan tertinggi dalam dunia kewartawanan negara yang mengiktiraf tinggi peranan dan sumbangannya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan