Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 653 mangsa berjaya diselamatkan setakat Khamis oleh pasukan penyelamat susulan gempa bumi dengan magnitud 7.9 yang melanda Myanmar. Foto fail AFP

653 mangsa gempa bumi di Myanmar diselamatkan

ByBernama

YANGON, 3 Mei: Seramai 653 mangsa berjaya diselamatkan setakat Khamis oleh pasukan penyelamat susulan gempa bumi dengan magnitud 7.9 yang melanda Myanmar, menurut laporan akhbar harian milik kerajaan Myanma Alinn pada Jumaat yang dipetik Xinhua.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pasukan tempatan dan antarabangsa. Setakat Khamis, sebanyak 779 mayat turut berjaya ditemukan, menurut laporan itu.

Gempa bumi bermagnitud 7.9 melanda Myanmar pada 28 Mac lepas. Sehingga 1 Mei, bencana itu telah meragut 3,835 nyawa dan mencederakan 5,105 orang, sementara 105 lagi masih dilaporkan hilang, menurut data rasmi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan