Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra hari ini. Foto: Amiruddin Shah (TVS)

Tidak timbul isu Rafizi ambil cuti – PM Anwar

ByHafeezzur Muzamir

SAUJANA PUTRA, 2 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada isu berhubung cuti yang diambil oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurut Anwar, perkara itu tidak wajar dipersoalkan, dan beliau enggan mengulas mengenai alasan di sebalik cuti panjang yang diambil oleh Rafizi.

“Cuti beberapa hari sahaja, biarkanlah, tiada isu.

“Adakah soalan ini berkaitan dengan tidak boleh mengambil cuti? Saya pun mahu ambil cuti sebab belum ambil lagi, mungkin selepas selesai Sidang Kemuncak ASEAN 2025, boleh?,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra di sini, hari ini.

Pada Rabu, Anwar dilaporkan telah memaklumkan mengenai cuti panjang yang diambil oleh Rafizi semasa mesyuarat kabinet, namun tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan