Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran  Sebuah kilang di Jalan Bintawa Village

Sebuah kilang di Bintawa musnah

KUCHING, 2 Mei: Sebuah kilang di Jalan Bintawa Village musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Memetik laporan Suara Sarawak, insiden yang berlaku kira-kira 9.30 pagi itu melibatkan premis perindustrian yang berkeluasan 60×80 kaki persegi dan mempunyai struktur kekal setingkat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 17 minit kemudian.

“Sebaik tiba, api sudah marak dan memusnahkan sebahagian besar struktur bangunan. Usaha memadamkan kebakaran pada peringkat awal agak sukar kerana struktur bangunan tidak stabil akibat retakan pada bahagian dinding,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Bagi mengawal situasi, Meramit berkata, pasukan bomba menggunakan teknik defensive dan attacking dengan dua aliran sepanjang 200 kaki, lima nozel serta sumber air dari pili bomba dan tangki bomba dari jentera.

Api katanya berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.26 pagi dan pasukan masih menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ untuk memadam sisa kebakaran.

“Operasi pemadaman melibatkan 20 anggota dari BBP Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan serta penggunaan dua jentera dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan